Saturday, 26 January 2019

Blog Berhabuk

Hi guyssss!! OMG lama juga aku tak buat blog. Last buat blog pasal Pengalaman bercuti di Sunway Lagoon 2016.. now dah 2019! hahaha. dah 3 tahun uolss. siapa yang rasa rasa nak bercuti ke Sunway Lagoon, boleh lah baca. I ada bold some useful tips untuk kesana. Even tu Blog yang dah lama, that tips can be use until now gaisss. sebab Sunway Lagoon doesnt have much difference pun years by years.

BTW i saje je buka balik blog. rupanya i baru buat dua entries. hahahaha. i have no idea uolss nak buat blog pasal apa. should i buat pasal


Makeup Review?

Skincare Review?

Tips Bercuti?

Resipi makanan yang simple2?

Life hack?


Arghhhh. no idea. IDK weh macam mana nak covert into penulisan. or maybe i memang takde bakat menulis? takpa takpaaa. i'll try juga. maybe boleh isi masa lapang kan? why nottt... 

Doa yang baik2 gais. ada masa i buat Blog lagi. Best buat blog ni. macam syok dengan dunia sendiri :p


Thursday, 30 June 2016

Pengalaman bercuti di Sunway Lagoon 2016

Hai ! ni nak share first entry aku pasal bercuti. dah lama aku nak pergi sunway lagoon ni sebab nya sunway lagoon ni the biggest water themepark dekat malaysia. aku tak nafi, ada juga yang best macam legoland, taman austin. tapi harga tiket dia mandi woo. aku ni student je, baru nak start mengular. hahaha. okay, aku nak share trip bajet aku ke sunway lagoon. aku pergi bulan lepas, sementara masih fresh aku boleh ingat bajet2 dia, baik aku tulis dekat sini.
aku bertolak dari Johor. sampai kira2 jam 11 pagi. btw sunway lagoon buka pukul 10am - 6pm. so aku terlewat sejam. pergi bertiga dengan kawan so memang planning last minute lahkan. 


okay ni harga tiket dia tudiaaaaa mahal boleh tahan tapi pada pandangan aku berbaloi juga sebab memang besar sunway lagoon ni. kena pandai planning. tengok peta(flyers) dan plan elok2 supaya tak tertinggal game yang best2. tips seterusnya, pasal harga tiket, korang jangan lah terus beli tiket yang discount mykad tu. still mahal RM120, so korang rajin2 tengok promotion sunway lagoon, selalu kalau pakai kad tesco/petron/etc dapat diskaun 30%. untuk tahun ni pakai kad aeon yang dapat harga RM89/person. so korang kena rajin tengok promotion dia.. kalau korang malas, ni aku bagi link dia terus.

http://sunwaylagoon.com/promotions/

here you go! sunway lagoon map.

ni nak habaq mai pasal harga locker. aku sarankan korang bawa 1 bag je, bawa baju yang mana nak pakai SAHAJA sebab harga locker kalau tak silap aku yang kecik RM22. aku ni kedekut sikit so memang berkira bab2 duit sebab student kan.. hahaha. so, pack barang korang dalam 1 bag, yang mana pergi ramai2 tu kalau nak jimat, letak juga dalam 1 bag. harga locker besar RM44. so dah boleh cut cost dekat locker. sumbat selagi boleh. tak payah nak acah2 anak dato' sorang satu locker. kahkah.

btw sunway lagoon sekarang dah tak macam dulu nak ada jam bagai. so korang boleh reload duit dalam ticket yang ada kat tangan tu(apa benda ntah nama dia). so, tak payah fikir duit nak letak mana takut hilang or bla bla. bajet makan sorang dalam rm30, kalau korang berjimat macam aku lah. aku saran kan korang sarapan before masuk sunway lagoon. makan banyak2 sebab makanan dalam tu memang mahal. memang confirm lapar kalau main air, so pandai2 berjimat. 


harga boya

aku cadangkan tak payah beli boya pun okay kot. sebab setiap game dalam tu memang disediakan boya, so cut cost lagi sekali untuk boya. hehehe. act memang tak pakai pon boya tu. sunblock jangan lupa gaisssss. kalau taknak hangus bawah matahari. better bawa dari rumah, sebab yang dijual dekat dalam tu harga dia mahal. lagi satu nak pesan, makanan luar memang tak boleh bawa masuk. so korang prepare lah botol kosong sebab dalam tu ada water cooler so boleh refill air. aku bawa satu pack extrajoss so air aku sedap sikit lah compare dengan air watercooler orang lain. kihkihkih..

game ni wajib try!

dah masuk dalam tu, okay nihaaa permainan yang korang wajib main. vuvuzela. sebab tu aku suruh pergi pagi, kalau tak memang beratur panjang gilaaaaaaaa. haa memang panjang so pergi lah di awal pagi. kalau pergi ramai2 best lah sebab yang dalam boya tu semua kawan2 kita. kalau macam aku, pergi bertiga, kena naik sekali dengan minah salleh pakai bikini. fuhh belanja.


dekat sunway lagoon ni, ada penambahan theme park, nickleodeon park. memang macam tempat budak2. ada spongebob bagai. tapi, ada dua tempat yang kat theme park ni yang best dan mencabar.. tu yang dalam gambar tu.


tengok pun dah gayat !

aku suka betul game ni. nama dia monsoon 360. sebab kita berdiri, then jatuh pun dalam keadaan berdiri memang extreme gilaa, nak gugur jantung aku main benda ni. game ni kalau beratur panjang pun aku sanggup. rugi tak main. 

aku pun tak tahu apa nama game ni.

game ni aku terlepas pandang nak patah balik jauh, so aku tak main, nampak macam best so korang try lah okay. boya pun disediakan.


btw gambar semua aku google sebab aku takde go pro boleh celup2 dalam air. so takde gambar pon, live the life sangat kata orang. bahagian extremepark, korang jangan lupa main paintball, motorcross ke apa nama benda ntah yang motor masuk hutan tu(beratur lama gila), memanah. cuba je semua yang free tu. sebab kalau main dekat luar mahal juga. 

lupa nak cakap, masa awal2 masuk tu, pergi lah masuk rumah hantu. seram memang seram tapi hantu tu tak sentuh kita pun. so jangan mengada tunjuk hero g terajang hantu2 tu. depa cari duit jugak. yang mana suka kan binatang, boleh pergi kat wild park.. tengok burung, singa putih apa semua binatang ada kat situ.. amusement park pun korang wajib try semua sebab rugi tak try. kalau pergi funfair nak main semua tu dah berapa duit habis. so jangan bazir kan duit korang, cuba semua benda. sebab tu aku sarankan tak payah sewa boya. kalau ada boya, pergerakan jadi terhad. takkan nak tengok singa bawak boya ye dak?? kang tinggal hilang pulakk.

last but not least, korang yang mana reload duit dalam ticket tu, boleh amek balik duit baki dekat kedai souvenir. jangan tak amek, rugiii. dah habis mandi tu kalau ada masa pegi lah kat jambatan dia tu. waktu tu kan korang dah kering, so boleh lah melawa sikit nak amek gambar kat atas tu. aku tak sempat pun nak naik jambatan tu sebab guruh dentum2, so dia close tempat tu. bukan rezeki aku lah.

okay itu sahaja yang aku boleh share, tu je tips yang aku rasa berguna untuk siapa2 nak pergi sunway lagoon. recomended ! tempat yang bersih. facilities lengkap. cuma surau tu kena pandai2 cari, sebab ada satu je. persekitaran dia pun bersih. okay gais, have fun !

*kalau sempat boleh lah jalan2 dekat sunway pyramid. ada ice skating! hihi.